Tuesday, April 7, 2009

SUMBER REZEKI

Perhatikan gambar ini, hanya sebahagian proses pembelajaran

Mencari 'siput lala' boleh dilakukan dengan secara santai atau 'komersil' bagi mendapatkan pendapatan seharian, mingguan atau bulanan yang lumayan, begitu juga dengan sejenis lagi hidupan laut yang tinggi harganya......(seterusnya)


Hidup sebagai nelayan atau sebagai anak nelayan tak semuanya susah, bukan semuanya 'kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang'. Ada yang sudah mempunyai motosikal, kereta dan rumah yang tak perlu disewa.

Apa yang diperlukan cuma tulang empat kerat untuk terus berkerja,berusaha. Ketabahan melakukan kerja dalam apa jua keadaan dan suasana seperti hujan, panas, kering, lembap, berselut, lumpur semuanya di harungi.

Hasilnya memang berbaloi dengan kerja begitu....bayangkan nelayan yang menangkap atau mencari 'udang lipan' yang dikatakan memang sedap dimakan (aku tak makan udang susah nak cakap la..) seekor di jual dengan harga RM 2 betapa bernilainya seekor udang lipan. Kalau satu hari dapat 50 ekor dah RM 100, kalau sebulan dah RM 3000, ingat hanya untuk pendapatan mencari udang lipan sahaja..belum lagi pendapatan mencari 'siput lala' yang dikatakan boleh mencecah RM 2000 hingga 5000 seminggu jikalau betul- betul 'dikerjakan la'

Adakah kita sanggup begini untuk mendapat habuan yang sebegitu rupa......tak sampai satu jam pun tapak bakul sudah tak kelihatan, dilindungi oleh udang lipan.

Kalau siapa berani jom la bulan puasa tak ada kerja.....ini lah habuan untuk menyambut hari raya.