Friday, September 4, 2009

JUALAN MURAH...

Kampung Buah Pala....nampaknya akan berakhir,kuranglah buah pala di pulau pinang...
timbul pula Tanjong Tokong.....membidik hari....adakah akan hilang tanjong itu...
akan hanyut Padang Tambun......mungkinkah akan rendah bila dilanda 'banjir kilat'

masa berjalan
'melihat melalui satu titik hitam'

Monday, August 24, 2009

Apa Nak Jadi...Apa Dah Jadi...

APA NAK JADI..?
-Kejutan besar berlaku dalam politik tanah air pada 8 mac lalu..pembakang menguasai beberapa buah negeri seperti kelantan,perak, kedah,selangor dan negeri tempat aku mencari rezeki pulau pinang.
- Lompat parti dan penubuhan 'kerajaan baru' di laungkan.
-Pucuk kepimpinan tertinggi mula di ragui dan di'rasa' semakin goyah untuk mentadbir.
-Berlaku perubahan kepimpinan dalam kerajaan,agar dapat memberi nafas yang baru.

APA DAH JADI...?
- Kerajaan negeri perak bertukar tangan dari pembakang ke BN...
- Exco bermasalah, isu gambar separuh bogel, isu penjualan arak, pembinaan kuil semua berlaku di Selangor.
-Isu penyelewengan bekas TKM1, isu rumah KM, Tersisihnya segelintir kaum india di kampung buah pala semua berlaku di Pulau Pinang.
-Robohnya kandang babi, Umum keluar pakatan, Umum keluar parti semuanya berlaku di Kedah.
-Mempertahankan kenyataan ahli pakatan, membuat 'Fatwa' sendiri, memusing-musingkan kenyataan semua berlaku di kelantan.

Apakah Kesimpulan Yang boleh Dibuat Berdasarkan Isu-Isu Dan Perkara-Perkara Yang Semakin Menjadi-Jadi Seperti 'Cendawan Tumbuh Selepas Hujan'?

Thursday, August 13, 2009

ANTARA Permatang Pasir DAN H1N1

Salam Satu Malaysia
Rakyat di dahulukan
Pencapaian Diutamakan

Melihat pada perkembangan pada masa kini....apa yang di dahulukan sama ada rakyat di Permatang Pasir atau Rakyat satu malaysia yang resah dilanda 'tsunami' H1N1.
Pencapaian apa yang dimahukan? apakah kita mahu pencapaian peningkatan jangkitan dan kematian yang semakin tinggi, atau pencapaian mengurangkan majoriti atau kemenangan.

Wednesday, August 5, 2009

KE-MERDEKA-52

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


MERDEKA KAH KITA?
ERTI YANG SEBENAR?
RAMAIKAH YANG MEMAHAMI?
DIMANA KITA SEKARANG?
EGOKAH DENGAN APA YANG ADA?
KEDUDUKAN SUDAH SELAMAT?
ARUS PERUBAHAN SELEPAS INI?

Wednesday, May 20, 2009

CABARAN BERMULA

Kemungkinan besar dan rasanya memang dah 'confirm' aku akan pening kepala mungkin kerana keje atau pun kerana tak cukup tidur....sebab
FESTIVAL TEATER NEGERI 2009 akan bermula pada awal bulan tujuh-julai-(7)...
Ada 4 yang akan bermonolog.....2 kumpulan menaruhkan teater kanak-kanak......9 kumpulan memperhebatkan bagi kategori IPT/NGOS......
Ada yang dah bermula ada yang baru nak bermula.......ada yang baru dan ada yang lama......tunggu..saksi....dan lihat......
jadual pementasan berserta kumpulan dan tajuk teater akan 'hamba' susul kemudian.....


"SENI DI JUNJUNG....ADAT DI JULANG......BUDAYA DIPIKUL"

Tuesday, April 7, 2009

SUMBER REZEKI

Perhatikan gambar ini, hanya sebahagian proses pembelajaran

Mencari 'siput lala' boleh dilakukan dengan secara santai atau 'komersil' bagi mendapatkan pendapatan seharian, mingguan atau bulanan yang lumayan, begitu juga dengan sejenis lagi hidupan laut yang tinggi harganya......(seterusnya)


Hidup sebagai nelayan atau sebagai anak nelayan tak semuanya susah, bukan semuanya 'kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang'. Ada yang sudah mempunyai motosikal, kereta dan rumah yang tak perlu disewa.

Apa yang diperlukan cuma tulang empat kerat untuk terus berkerja,berusaha. Ketabahan melakukan kerja dalam apa jua keadaan dan suasana seperti hujan, panas, kering, lembap, berselut, lumpur semuanya di harungi.

Hasilnya memang berbaloi dengan kerja begitu....bayangkan nelayan yang menangkap atau mencari 'udang lipan' yang dikatakan memang sedap dimakan (aku tak makan udang susah nak cakap la..) seekor di jual dengan harga RM 2 betapa bernilainya seekor udang lipan. Kalau satu hari dapat 50 ekor dah RM 100, kalau sebulan dah RM 3000, ingat hanya untuk pendapatan mencari udang lipan sahaja..belum lagi pendapatan mencari 'siput lala' yang dikatakan boleh mencecah RM 2000 hingga 5000 seminggu jikalau betul- betul 'dikerjakan la'

Adakah kita sanggup begini untuk mendapat habuan yang sebegitu rupa......tak sampai satu jam pun tapak bakul sudah tak kelihatan, dilindungi oleh udang lipan.

Kalau siapa berani jom la bulan puasa tak ada kerja.....ini lah habuan untuk menyambut hari raya.

Saturday, March 14, 2009

TERTAWAN

Ini saja yang dapat ku paparkan.........







Pernahkah anda ke pulau aman di pulau pinang? satu pulau yang cantik dan menarik, pelbagai aktiviti yang ada disana walaupun hanya lebih kurang 200 orang penduduk,
jikalau hendak kesana perlu menaiki bot yang dikenakan bayaran RM 6 melalui jeti di Batu Kawan, Aku dijangka akan ke sana pada 28 dan 29 mac 2009,kerana ada program yang diadakan bersama penduduk disana.
lihatlah rangkaian gambar-gambar yang disediakan untuk tatapan secara imaginasi, kalau mahu rasa yang sebenar JOM KESANA.