Wednesday, October 24, 2007

Hasil SENI

nilai seni yang halus....

nilai seni yang unik,mengacam....



nilai seni yang menakjubkan...



nilai seni yang terper'inci'......


Apa yang pasti seni itu boleh datang dari perbagai sudut.......

Tuesday, October 9, 2007

RAYA LAGI....DUIT LAGI.....

beginilah setiap kali raya menjelma...mau ada duit saja semua dapat....macam-macam ada

muncullah kembali baju kebangsaan...bila menjelma ramadhan..untuk menyambut syawal....bermacam-macam pilihan warna, corak, janji pulus mau ada...pasti raya meriah...

ini pun mungkin di pakai setahun sekali.......bila ramadhan atau syawal menjelma...semua kelam kabut nak buat pilihan....


Supaya kelihatan lebih menawan....supaya mata yang memandang terus meleret pada kita....eksesori begini perlu di hiasi di badan...



kuih muih pula akan memenuhi segenap ruang rumah....sebagai juadah tetamu yang datang bila raya...




RM 14.50

ini pula menjadi rutin..bila puasa menjelma semua ingin membeli untuk dijadikan pembuka puasa, tapi pernahkah kita terfikir setiap kali ramadhan bermacam-macam jenama yang dikeluarkan, sedangkan rasa, kualiti adalah sama....
Semakin banyak jenama yang dikeluarkan, mula ada perbezaan dari segi harga,yang ini sekilo RM14.50, yang tu RM 25.00 bermacam-macam........
Semua ini membuat aku terfikir kenapa bila menjelma ramadhan atau syawal semua barang naik harga...termasuklah kurma ini......pernahkah harga kurma turun atau murah setiap kali tahun berganti tahun....kenapa tak seperti perayaan-perayaan lain, seperti buah limau boleh dijual dengan harga murah sekotak tak sampai RM 10 berbanding dengan kurma satu bekas kecil RM 3.50
MALAYSIA BOLEH.......





Thursday, October 4, 2007

DATANG JANGAN TAK DATANG

Kepada semua pembaca- pembaca blog ini......yang ada masa, yang ada kudrat yang tidak sibuk seperti pegawai khalwat, mempunyai masa lapang, mempunyai kekuatan tulang empat kerat.....datanglah kunjung mengujung eratkanlah hubungan antara sesama umat islam ke

RUMAH TERBUKA TAMAN BUDAYA NEGERI PULAU PINANG,
KOMPLEKS PUSTAKA WARISAN SENI
PADA 27/10/2007
JAM 8.00 MALAM

Semua di jemput hadir untuk memeriahkan lagi Aidilfitri 1428 H

Saturday, July 21, 2007

POTAK............CURLY...! CURLY.....!

Dalam ini negeri ada satu masalah......apakah dia?
bila suruh berlakon tak mahu...suruh mengarah lagi la........tak mahu.....batuk katanya (alasan la tu,apa kaitan batuk dengan lakonan dan pengarahan..tokey panggung pun tak tahu).
20 haribulan yang lalu.....bila telefon 'berbunyi' di pentas Auditorium P.Ramlee ada lah suara-suara sumbang dan nada-nada membijikkan diri...
Bayangkan.........bayangkan.......bayangkan.......
Bila semua telah selesai seperti...buat lampu(fokusing),set/prop dan lain-lain keperluan. Setelah siap semuanya.....cuma adalah perlu di perbaiki sedikit sebanyak dari segi keluar masuk,pergerakkan pelakon,perpindahan set,itu semua bagi aku boleh 'setel' sebelah mata sahaja kalau semua krew/balaci tahu tugas masing-masing.
Sekali lagi.....bayangkan........bayangkan........bayangkan.............
Dalam aku tengah nak bercakap pasal kerja-kerja belakang pentas..tiba-tiba aku terdengar suara yang 'aneh' seperti aku pernah dengar semasa sesi soal jawab.
ternyata aku mengenali org itu, dan kalian semua pasti kenal org itu jika pernah menonton FTN 07 Pulau Pinang.
Lagi.....bayangkan......bayangkan......bayangkan....
Semuanya nak diubah,nak suruh pindah sana sini,anagkat sana sini,tolak sana sini.....akhirnya apa yang jadi semua keluar dari skop pencahayaan.... (masa tu aku melihat sahaja)
Bila dah lama sangat,aku pun dah rasa semacam,aku lepas la satu ayat........
"ubah la nak ubah apa pun.....pah tu buat balik lampu,panjat sendiri, sebab semua keluar dari lampu....kalau nak ubah baik ubah semua"
lepas tu aku tengok dia terus menghilangkan diri...............entah kemana dia pergi....
tapi apa yang aku lihat.......ada juga perubahan pada set asal.....maka seperti yang aku kata....kalau ubah maka terkeluar lah dari percahayaan kerana....lampu tak de siapa yang nak panjat buat balik.......jeng...jeng...jeng................


TA KEA LAGI JOGHO TEATER

Friday, July 20, 2007

UNSUR SABOTAJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJ

Semua kosortium-kosortium yang ada dan masih membuka blog ini, seharusnya boleh laaaaa tepuk untuk diri sendiri.....kerana sedikit sebanyak mendapat pujian dari DEWI TEATER kerana membantu dalam FTN......dan terima kasih juga kepada nasi daging merah yang telah di beri....( bukan rasuah tau..........jinggo belasah dua lagi)

tokey panggung rasa lega la...sebab keadaan yang 2 tahun dulu dapat di jernihkan.....sekurang-kurangnya bulan tak le kembang sangat.........tapi..TAPI.......TAAAPIIIII........
dia kata kena juga...semua pelakon asal lari.....last2 minit pula tu......tokey panggung rasa kau org semua tahu siapa yang dimaksudkan,kalau siapa yang terdekat pasti tauuuuuuuu....sebab dia memang terkenal di pentas teater pulau pinang......dan glamour di counterhall...




TA KEA LAGI JOGHO TEATER

Thursday, July 12, 2007

SAYANG........UMUR MASIH MUDA.......

Boleh di banggakan,kerana kehadiran penonton ke FTN 2007 makin bertambah-tambah, melegakan sesetengah pihak. Diharap ianya akan berterusan sehingga ke penhujung FTN 2007 nanti. Selain dari penyokong tetap FTN 2007 ada juga yang datang kerana kawan, melihat poster, promosi radio, ingin melihat, mengisi masa lapang, mencari maklumat, mencari rahsia bak kata pepatah "waktu berteater kau sahabatku, waktu festival kau musuhku" di olah dari filem "Jaguh Air Gemuruh".
lupakanlah pasal api dalam sekam apa yang penting biarkan luncai terjun dengan labunya........hahahahahhaha. Cuma apa yang sedih segelintir penonton yang datang menonton malas untuk berfikir apa masej yang ingin disampaikan dalam sesebuah persembahan...semuanya hendak di suap bulat-bulat.....orang melayu kita semua nak senang dan mudah.....dah la cam tu....nak bertanya malu....lagi la tak faham. walaupun sesi soal jawab diadakan oleh pihak penganjur supaya penonton boleh bertanya kalau ada yang terbuku dihati...seorang pun susah nak buka mulut.....mungkin takut terkeluar emas kat mulut..
Kesian kat penonton baru teater....semua nak yang senang dan boleh ketawa...nasib baik ada juru tanya soalan tetap FTN 2007....kalau tak mesti sunyi dan sepi laaaaa masa sesi soal jawab.
TA KEA LAGI JOGHO TEATER

Friday, July 6, 2007

TERIMA KASIH............

TERIMA KASIH...aku ucapankan kepada semua kawan2 dan sahabat kerana telah membantu dengan rela hati bagi menjayakan pementasan teater ADAPTASI BAJU EMAS SANG MAHARAJA, sehingga berjaya dipentaskan dengan selamat, aku juga bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNYA semua berjalan dengan lancar.
Seterusnya sama2 lah kita bantu konsurtium yang lain pula.......semoga kudrat tulang empat kerat kita akan dihargai sepanjang masa.......

wassalam...............

TERIMA KASIH SEMUA....

'kiri memegang adat, kanan memegang agama'

Tuesday, July 3, 2007

BULAN TEATER 2007 DAH KEMBALI...........

terima kasih kepada semua penggiat2 teater pulau pinang kerana masih mau berjuang untuk menghidupkan teater di pulau pinang.
sokongan anda dialu-alukan...tepukkan untuk diri anda sendiri...semoga senang hati...
tahun ini terasa sedikit kurang seri dalam FTN 07, keriuhan, gembar-gembur juga kurang, sehingga ada yang tidak mengetahui adanya festival teater 07. kalau yang tahu pun dari kalangan penggiat sahaja....sampai bila akan jadi macam ni......nampak semacam ada masalah dari pihak penganjur, walaupun sambutan untuk menyertai FTN 07 menakjubkan sehingga ada yang import pelakon.....kehilangan pelakon......pelakon tak balik.....pelakon terkeluar kepala lutut.....pelakon demam......tapi semangat tetap ada untuk teruskan walau dalam keadaan apa sekali pun.
teruskan perjuangkan..biar mati di pentas....jangan mati di bibir.
GOMO TEATER GOMO

Friday, May 4, 2007

GARAMMMM................

Dalam kesibukkan aku berkerja,aku telah di cuit oleh perbualan antara dua org genarasi lama dan baru mengenai masalah tanah di pulau pinang...
Semua telah maklum bahawa tanah di pulau pinang dimiliki oleh org melayu lagiiiiiiiiiiiiii.....

L.Muda: Pasal apa boleh jadii cam tu?
L.Tua: Org tua dulu sanggup gadai tanah untuk besarkan anak

L.muda: pasal apa tak mau tebus balik?
L.Tua : mana ada yang rajin nak keje,tahu nak susah mak bapak saje

L.Muda: ada! ada! macam satu kes tu anak dia sanggup tebus balik,pi jumpa dgn ceti.
L.Tua: tu anak yang sekolah,ada pelajaran

L.Muda: sekurang - kurang ada la juga, suku pun jadi la...
L.Tua: tiga suku lagi tu..... ni! suku dengan tiga suku kan lebih kurang saje..semmua tak cukup

L.Muda:hmmmm....hahhahahahahahha
L.Tua: betul apa

dipendekkan kerana isi disini tak penting sangat.............

L.Muda: Tapi orang tua dulu susah sikit, tapi tak semua la
L.Tua: apa yang susah

L.Muda : yea la....kalau di tegur sikit, terus kata "ni sape yang makan garam dulu"
L.Tua : Garam apa makan...garam buku,garam halus

L.Tua : ni! yang makan garam tu lembu, kambing........depa tu sama la juga dgn lembu kambing
L.Muda : amboiii kasar nya.....

L.tua : Kalau bukan cam lembu,kambing takkan la tanah kat pulau pinang ni semua habis di gadai.
L.Muda: org tua dulu mana sekolah mudah la kena tipu.....

L.Tua : Pasal tak sekolah la jadi lembu kambing....

aku tak sanggup dengar lagi.......terus aku tinggalkan mereka demgan kisah lembu kambing dan aku terus sambung keje aku.........
Mungkin Malaysia pun akan hilang jika banyak sangat lenbu kambing......hmmmmmmm

Monday, April 30, 2007

WAHAI KOSORTIUM.........

Ada maslah yang baru aku terfikir , terlintas dan menusuk - nusuk di benak fikiran ku....yang mungkin tak dapat aku selesaikan jika ianya betul - betul berlaku.
Jadi sebelum apa - apa terjadi aku mengharapkan bantuan daripada Kosortium yang ada untuk membantu..................
Begini wahai Kosortium, sekiranya aku di terima untuk berkerja di jabatan yang baru, maka aku akan di panggil bertugas pada pertengahan bulan enam.
Sesudah itu aku terpaksa meninggalkan Latihan dan juga Show 'baju emas sang maharaja' sekali gus meninggalkan Festival Teater Negeri 2007............bertapa sedihnya aku....
Sekiranya aku tiada rezeki untuk jawatan baru aku, semestinya aku akan menjadi tokey panggung lagi.........

Fikir-fikirkan/renung-renunglah tiada suatu yang mustahil untuk di capai......

WAHAI KOSORTIUM.........

Ada maslah yang baru aku terfikir , terlintas dan menusuk - nusuk di benak fikiran ku....yang mungkin tak dapat aku selesaikan jika ianya betul - betul berlaku.
Jadi sebelum apa - apa terjadi aku mengharapkan bantuan daripada Kosortium yang ada untuk membantu..................
Begini wahai Kosortium, sekiranya aku di terima untuk berkerja di jabatan yang baru, maka aku akan di panggil bertugas pada pertengahan bulan enam.
Sesudah itu aku terpaksa meninggalkan Latihan dan juga Show 'baju emas sang maharaja' sekali gus meninggalkan Festival Teater Negeri 2007............bertapa sedihnya aku....
Sekiranya aku tiada rezeki untuk jawatan baru aku, semestinya aku akan menjadi tokey panggung lagi.........

Fikir-fikirkan/renung-renunglah tiada suatu yang mustahil untuk di capai......

Sunday, April 29, 2007

BAHANA BANGSAWAN

Masa aku, bapak teater P.P, Husin Tak BAi, Gaban lepek2 dekat kedai depan panggung P.ramlee, kami dikejutka dengan kedatangan seorang Purbawara BAngsawan P.P (titik pinang ku titik) dengan berkaki empat.
Tanpa diduga oleh kami semua, ramai org yang datang dan nampak begitu mendapat sambutan untuk berlakon termasuk PPLT juga hadir dan dapat HEROIN dari Bollywood.
Bapak Teater P.P dengan sopan mengadap sembah, menyusun jari mengucup tangan sebelum keluar ke kedai semula dan sambung mengutuk.
Apa- apa pun semangat juang yang ditunjuk oleh Purbawara Bangsawan harus dipuji kerana ingin terus berjuang untuk menghidupkan Bangsawan walaupun dirinya ibarat 'reput menanti hancur'.

Saturday, April 28, 2007

hooo..hoiiiiiiiiiiii............................

Akhirnya dewa teater menari gelek ala sedang disaksikan oleh puluhan penonton di Auditorium P.Ramlee yang mendapat tepukan gemuruh.
Ternyata skrip MAYAT membawa perubahan kepada dewa teater, yang memang mempunyai bakat tarian ULA-ULA HAWAII.
Sememangnya dewa teater mempunyai aura...........................DIA MAI DAH! DIA MAI DAH! dengan geleknya.

Friday, April 27, 2007

GELORA FESTIVAL TEATER 2007

Menjelang bulan julai 2007 bermula gelora / alunan bagai ombak menghempas pantai apabila 15 kumpulan akan berentap di Festival Teater 2007.
Namun masih menjadi persoalan adakah ke semuanya akan menyertai dan berjalan dengan lancar. kalau berjalan lancar 'syukur' tp kalau sebaliknya ia akan mengundang padah kepada kosurtium yang ada. Namun bagi kau lebih baik membuka gerak sebelum sumbang.
Berbagai persoalan sedang bermain di fikiran aku apabila Festival teater Negeri bermula, bagaimana untuk menghadapi 15 kumpulan yg bertanding, selama 2 bulan tanpa henti, ini akan menyiksa kesihatan aku, jadual terlalu padat.......ini keseronokkan dalam duka....
Mudah- mudahan tahun ini akan semua berjalan dengan lancar......jangan pula 'rumah siap tukul berbunyi'......

'HIDUP KOSURTIUM'
NAK MAI DAH! NAK MAI DAH!

Wednesday, April 25, 2007

Aku

Marilah bersembang-sembang dengan aku.