Saturday, July 21, 2007

POTAK............CURLY...! CURLY.....!

Dalam ini negeri ada satu masalah......apakah dia?
bila suruh berlakon tak mahu...suruh mengarah lagi la........tak mahu.....batuk katanya (alasan la tu,apa kaitan batuk dengan lakonan dan pengarahan..tokey panggung pun tak tahu).
20 haribulan yang lalu.....bila telefon 'berbunyi' di pentas Auditorium P.Ramlee ada lah suara-suara sumbang dan nada-nada membijikkan diri...
Bayangkan.........bayangkan.......bayangkan.......
Bila semua telah selesai seperti...buat lampu(fokusing),set/prop dan lain-lain keperluan. Setelah siap semuanya.....cuma adalah perlu di perbaiki sedikit sebanyak dari segi keluar masuk,pergerakkan pelakon,perpindahan set,itu semua bagi aku boleh 'setel' sebelah mata sahaja kalau semua krew/balaci tahu tugas masing-masing.
Sekali lagi.....bayangkan........bayangkan........bayangkan.............
Dalam aku tengah nak bercakap pasal kerja-kerja belakang pentas..tiba-tiba aku terdengar suara yang 'aneh' seperti aku pernah dengar semasa sesi soal jawab.
ternyata aku mengenali org itu, dan kalian semua pasti kenal org itu jika pernah menonton FTN 07 Pulau Pinang.
Lagi.....bayangkan......bayangkan......bayangkan....
Semuanya nak diubah,nak suruh pindah sana sini,anagkat sana sini,tolak sana sini.....akhirnya apa yang jadi semua keluar dari skop pencahayaan.... (masa tu aku melihat sahaja)
Bila dah lama sangat,aku pun dah rasa semacam,aku lepas la satu ayat........
"ubah la nak ubah apa pun.....pah tu buat balik lampu,panjat sendiri, sebab semua keluar dari lampu....kalau nak ubah baik ubah semua"
lepas tu aku tengok dia terus menghilangkan diri...............entah kemana dia pergi....
tapi apa yang aku lihat.......ada juga perubahan pada set asal.....maka seperti yang aku kata....kalau ubah maka terkeluar lah dari percahayaan kerana....lampu tak de siapa yang nak panjat buat balik.......jeng...jeng...jeng................


TA KEA LAGI JOGHO TEATER

Friday, July 20, 2007

UNSUR SABOTAJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJ

Semua kosortium-kosortium yang ada dan masih membuka blog ini, seharusnya boleh laaaaa tepuk untuk diri sendiri.....kerana sedikit sebanyak mendapat pujian dari DEWI TEATER kerana membantu dalam FTN......dan terima kasih juga kepada nasi daging merah yang telah di beri....( bukan rasuah tau..........jinggo belasah dua lagi)

tokey panggung rasa lega la...sebab keadaan yang 2 tahun dulu dapat di jernihkan.....sekurang-kurangnya bulan tak le kembang sangat.........tapi..TAPI.......TAAAPIIIII........
dia kata kena juga...semua pelakon asal lari.....last2 minit pula tu......tokey panggung rasa kau org semua tahu siapa yang dimaksudkan,kalau siapa yang terdekat pasti tauuuuuuuu....sebab dia memang terkenal di pentas teater pulau pinang......dan glamour di counterhall...




TA KEA LAGI JOGHO TEATER

Thursday, July 12, 2007

SAYANG........UMUR MASIH MUDA.......

Boleh di banggakan,kerana kehadiran penonton ke FTN 2007 makin bertambah-tambah, melegakan sesetengah pihak. Diharap ianya akan berterusan sehingga ke penhujung FTN 2007 nanti. Selain dari penyokong tetap FTN 2007 ada juga yang datang kerana kawan, melihat poster, promosi radio, ingin melihat, mengisi masa lapang, mencari maklumat, mencari rahsia bak kata pepatah "waktu berteater kau sahabatku, waktu festival kau musuhku" di olah dari filem "Jaguh Air Gemuruh".
lupakanlah pasal api dalam sekam apa yang penting biarkan luncai terjun dengan labunya........hahahahahhaha. Cuma apa yang sedih segelintir penonton yang datang menonton malas untuk berfikir apa masej yang ingin disampaikan dalam sesebuah persembahan...semuanya hendak di suap bulat-bulat.....orang melayu kita semua nak senang dan mudah.....dah la cam tu....nak bertanya malu....lagi la tak faham. walaupun sesi soal jawab diadakan oleh pihak penganjur supaya penonton boleh bertanya kalau ada yang terbuku dihati...seorang pun susah nak buka mulut.....mungkin takut terkeluar emas kat mulut..
Kesian kat penonton baru teater....semua nak yang senang dan boleh ketawa...nasib baik ada juru tanya soalan tetap FTN 2007....kalau tak mesti sunyi dan sepi laaaaa masa sesi soal jawab.
TA KEA LAGI JOGHO TEATER

Friday, July 6, 2007

TERIMA KASIH............

TERIMA KASIH...aku ucapankan kepada semua kawan2 dan sahabat kerana telah membantu dengan rela hati bagi menjayakan pementasan teater ADAPTASI BAJU EMAS SANG MAHARAJA, sehingga berjaya dipentaskan dengan selamat, aku juga bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNYA semua berjalan dengan lancar.
Seterusnya sama2 lah kita bantu konsurtium yang lain pula.......semoga kudrat tulang empat kerat kita akan dihargai sepanjang masa.......

wassalam...............

TERIMA KASIH SEMUA....

'kiri memegang adat, kanan memegang agama'

Tuesday, July 3, 2007

BULAN TEATER 2007 DAH KEMBALI...........

terima kasih kepada semua penggiat2 teater pulau pinang kerana masih mau berjuang untuk menghidupkan teater di pulau pinang.
sokongan anda dialu-alukan...tepukkan untuk diri anda sendiri...semoga senang hati...
tahun ini terasa sedikit kurang seri dalam FTN 07, keriuhan, gembar-gembur juga kurang, sehingga ada yang tidak mengetahui adanya festival teater 07. kalau yang tahu pun dari kalangan penggiat sahaja....sampai bila akan jadi macam ni......nampak semacam ada masalah dari pihak penganjur, walaupun sambutan untuk menyertai FTN 07 menakjubkan sehingga ada yang import pelakon.....kehilangan pelakon......pelakon tak balik.....pelakon terkeluar kepala lutut.....pelakon demam......tapi semangat tetap ada untuk teruskan walau dalam keadaan apa sekali pun.
teruskan perjuangkan..biar mati di pentas....jangan mati di bibir.
GOMO TEATER GOMO