Thursday, December 17, 2009

INDAHNYA BAHASA KITA

Entah siapa yang pun kerja....samaada bangsa kita sendiri atau bangsa asing.....tapi yang cacatnya adalah bahasa malaysia kita....
Nampak macam biasa sahaja dan remeh....tapi implikasi tetap ada kepada bangsa kita dan bahasa kita.....







"Renung-Renungkan"
Melihat Melalui Titik Hitam

Wednesday, December 16, 2009

Parlimen 66 vs 63

Bajet 2010 hampir tidak diluluskan, dan hampir berlaku pilihanraya

Utusan Malaysia Online - Parlimen

Wednesday, December 2, 2009

SATU KEJADIAN...........

Kejadian yang jarang berlaku pada manusia biasa,telah terjadi di sebuah cafe di Ibu Kota,tempat yang begitu besar di gelar 'pentas bertaraf antarabangsa.
berlaku pada tengahari,sewaktu orang tengah ramai untuk menjamu selera.

Perempuan : Bob
Lelaki : Sofia
perempuan : Bob
lekaki : Sofia
Kucing : Hanya Menoleh kiri dan kanan
Perempuan : Bob
Lelaki : Sofia (sambil mengacukan makanan)
Kucing : Menoleh kiri dan kanan lagi,rasa binggung memikirkan 'aku ini jantan ke perempuan'
Perempuan : Bob (Memberi makan)
Lelaki : Sofia
Kucing : mendiamkan diri (tengah makan sambil berfikir kot........)

Suasana sunyi seketika,kucing masih duduk tidak memperdulikan sesiapa walaupun namanya di panggil....sehinggalah kucing itu sedar bahawa dirinya seokor kucing jantan.....lantas bangun berjalan....

Kucing : criiiiiitttttttt.........crriiiiiiitttttt.....crrriiiittttttt........
Lelaki 2 : hahaahaahha....Kucing kencing kat kaki hang.....
lelaki : Celaka....kucing.....(dengan dialek Perak)
Kucing : berjalan dengan selamba tanpa rasa bersalah

Semua orang kat situ yang menyedari dan mengetahui perkara yang berlaku ketawa dan mengata-ngata (kutukla), ada yang memerhati kucing tadi kenapa dia kencing pada kaki (lelaki)rupa-rupanya kucing yang kencing tu adalah kucing jantan.

Lelaki : Rasa malu dan tidak hati (merungut-rungut sambil makan)
semua : masih ketawa dan mengutuk (sikit-sikit je)
Lelaki : (mendapat akal) miewww....mioww...miyaaaauuu...citttttt....citttttt...ciitttttt (sambil memegang kepala ikan seperti ingin memberi pada kucing tadi)
Kucing: berjalan menghampiri (tanpa berfikiran negetif)
lelaki : (telah bersedia) geeee...deee....buttttttt.....
Kucing : mailto:miiiiiii.....##&%$#....!@$#$%

Kucing di tendang, tak datang dah kucing tu....yang datang cuma kucing-kucing betina....sambil mengeliling kaki lelaki...bukan 1 ekor tapiiiiiiii 3 ekor sekali.....(macam madu tiga).
Tanggal 1 DISEMBER 2009 meninggalkan satu kenangan dan nama yang mungkin berkekalan sebagai 'BOB CAT' atau 'BOB KUCING' pada lelaki itu.

Monday, September 14, 2009

Cendi-kia-wan

Ni mengesahkan Seorang tukang perahu dan cendikiawan.Cendikiawan merantau dan sampai ke sebuah penempatan, cendikiawan harus menharungi sungai yang agak dalam untuk ke seberang.Cendikiawan itu berjumpa dengan tukang perahu dan meminta tolong untuk menyeberang.Didalam perahu tersebut, cendikiawan menanyakn kepada tukang perahu itu,

Cendikiawan : Kamu tahu tata bahasa?
Tukang perahu : Tidak tahu...
Cendikiawan : Kalau begitu kamu da kehilangan sebahagian dari kehidupan kamu.
Tukang perahu terdiam.......

Tiba2 angin kencang dan perahu terumbang ambing dan bocor, tukang perahu bertanya kepada cendikiawan.

Tukang perahu : Kamu pandai berenang ?
Cendikiawan : Tidak .. Aku kan cendikiawan
Tukang perahu : kalau begitu maafkan saya memberitahu bahawa kamu akan kehilangan keseluruhan hidup kamu

'MORAL' -"MELIHAT MELALUI TITIK HITAM"

Friday, September 4, 2009

JUALAN MURAH...

Kampung Buah Pala....nampaknya akan berakhir,kuranglah buah pala di pulau pinang...
timbul pula Tanjong Tokong.....membidik hari....adakah akan hilang tanjong itu...
akan hanyut Padang Tambun......mungkinkah akan rendah bila dilanda 'banjir kilat'

masa berjalan
'melihat melalui satu titik hitam'

Monday, August 24, 2009

Apa Nak Jadi...Apa Dah Jadi...

APA NAK JADI..?
-Kejutan besar berlaku dalam politik tanah air pada 8 mac lalu..pembakang menguasai beberapa buah negeri seperti kelantan,perak, kedah,selangor dan negeri tempat aku mencari rezeki pulau pinang.
- Lompat parti dan penubuhan 'kerajaan baru' di laungkan.
-Pucuk kepimpinan tertinggi mula di ragui dan di'rasa' semakin goyah untuk mentadbir.
-Berlaku perubahan kepimpinan dalam kerajaan,agar dapat memberi nafas yang baru.

APA DAH JADI...?
- Kerajaan negeri perak bertukar tangan dari pembakang ke BN...
- Exco bermasalah, isu gambar separuh bogel, isu penjualan arak, pembinaan kuil semua berlaku di Selangor.
-Isu penyelewengan bekas TKM1, isu rumah KM, Tersisihnya segelintir kaum india di kampung buah pala semua berlaku di Pulau Pinang.
-Robohnya kandang babi, Umum keluar pakatan, Umum keluar parti semuanya berlaku di Kedah.
-Mempertahankan kenyataan ahli pakatan, membuat 'Fatwa' sendiri, memusing-musingkan kenyataan semua berlaku di kelantan.

Apakah Kesimpulan Yang boleh Dibuat Berdasarkan Isu-Isu Dan Perkara-Perkara Yang Semakin Menjadi-Jadi Seperti 'Cendawan Tumbuh Selepas Hujan'?

Thursday, August 13, 2009

ANTARA Permatang Pasir DAN H1N1

Salam Satu Malaysia
Rakyat di dahulukan
Pencapaian Diutamakan

Melihat pada perkembangan pada masa kini....apa yang di dahulukan sama ada rakyat di Permatang Pasir atau Rakyat satu malaysia yang resah dilanda 'tsunami' H1N1.
Pencapaian apa yang dimahukan? apakah kita mahu pencapaian peningkatan jangkitan dan kematian yang semakin tinggi, atau pencapaian mengurangkan majoriti atau kemenangan.

Wednesday, August 5, 2009

KE-MERDEKA-52

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


MERDEKA KAH KITA?
ERTI YANG SEBENAR?
RAMAIKAH YANG MEMAHAMI?
DIMANA KITA SEKARANG?
EGOKAH DENGAN APA YANG ADA?
KEDUDUKAN SUDAH SELAMAT?
ARUS PERUBAHAN SELEPAS INI?

Wednesday, May 20, 2009

CABARAN BERMULA

Kemungkinan besar dan rasanya memang dah 'confirm' aku akan pening kepala mungkin kerana keje atau pun kerana tak cukup tidur....sebab
FESTIVAL TEATER NEGERI 2009 akan bermula pada awal bulan tujuh-julai-(7)...
Ada 4 yang akan bermonolog.....2 kumpulan menaruhkan teater kanak-kanak......9 kumpulan memperhebatkan bagi kategori IPT/NGOS......
Ada yang dah bermula ada yang baru nak bermula.......ada yang baru dan ada yang lama......tunggu..saksi....dan lihat......
jadual pementasan berserta kumpulan dan tajuk teater akan 'hamba' susul kemudian.....


"SENI DI JUNJUNG....ADAT DI JULANG......BUDAYA DIPIKUL"

Tuesday, April 7, 2009

SUMBER REZEKI

Perhatikan gambar ini, hanya sebahagian proses pembelajaran

Mencari 'siput lala' boleh dilakukan dengan secara santai atau 'komersil' bagi mendapatkan pendapatan seharian, mingguan atau bulanan yang lumayan, begitu juga dengan sejenis lagi hidupan laut yang tinggi harganya......(seterusnya)


Hidup sebagai nelayan atau sebagai anak nelayan tak semuanya susah, bukan semuanya 'kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang'. Ada yang sudah mempunyai motosikal, kereta dan rumah yang tak perlu disewa.

Apa yang diperlukan cuma tulang empat kerat untuk terus berkerja,berusaha. Ketabahan melakukan kerja dalam apa jua keadaan dan suasana seperti hujan, panas, kering, lembap, berselut, lumpur semuanya di harungi.

Hasilnya memang berbaloi dengan kerja begitu....bayangkan nelayan yang menangkap atau mencari 'udang lipan' yang dikatakan memang sedap dimakan (aku tak makan udang susah nak cakap la..) seekor di jual dengan harga RM 2 betapa bernilainya seekor udang lipan. Kalau satu hari dapat 50 ekor dah RM 100, kalau sebulan dah RM 3000, ingat hanya untuk pendapatan mencari udang lipan sahaja..belum lagi pendapatan mencari 'siput lala' yang dikatakan boleh mencecah RM 2000 hingga 5000 seminggu jikalau betul- betul 'dikerjakan la'

Adakah kita sanggup begini untuk mendapat habuan yang sebegitu rupa......tak sampai satu jam pun tapak bakul sudah tak kelihatan, dilindungi oleh udang lipan.

Kalau siapa berani jom la bulan puasa tak ada kerja.....ini lah habuan untuk menyambut hari raya.

Saturday, March 14, 2009

TERTAWAN

Ini saja yang dapat ku paparkan.........







Pernahkah anda ke pulau aman di pulau pinang? satu pulau yang cantik dan menarik, pelbagai aktiviti yang ada disana walaupun hanya lebih kurang 200 orang penduduk,
jikalau hendak kesana perlu menaiki bot yang dikenakan bayaran RM 6 melalui jeti di Batu Kawan, Aku dijangka akan ke sana pada 28 dan 29 mac 2009,kerana ada program yang diadakan bersama penduduk disana.
lihatlah rangkaian gambar-gambar yang disediakan untuk tatapan secara imaginasi, kalau mahu rasa yang sebenar JOM KESANA.


























Thursday, March 5, 2009

MILIK SIAPA...........


Harian Kosmo 5/3/09 memaparkan kisah bayi yang di kerumuni oleh puluhan burung gagak di laman utamanya. Berlaku di Pulau Asmara, berdekatan miami beach di Batu Feringgi.

Dimanakah nilai kemanusiaan? Kenapa harus terjadi? Siapa yang bersalah?

Tuesday, February 24, 2009

ZOOM MALAYSIA

Lambang kemegahan yang masih kekal ada, ramai yang kesini untuk bercuti, rehatkan diri, tenangkan fikiran dan juga habiskan duit (shopping), tapi yang sedihnya bila masa cuti am atau cuti sekolah, cuti berganda tiba-tiba saja semua harga barang jadi berganda,

Keriangan, kebebasan, betapa senangnya hati bila boleh melihat kanak-kanak berlari kerana negara kita masih aman dan tenteram


Masih lagi boleh bersama keluarga, bermesra dan riang-ria kerana negara kita ada segalanya, aman dan harmoni.




pengadil yang mengadili acara, apa yang penting...KERJASAMA



salah satu acara sukan 'game' yang di pertandingan, pasti seronok melihat gelagak kanak - kanak,tak teringatkah kita dimasa kecil-kecil dulu macam mana yea.....





inilah dia penganjur yang menganjurkan sukan 'game' untuk kanak-kanak supaya mereka pandai berdikari...




Monday, February 23, 2009

TAHUN LEMBU

Sambutan tahun baru cina 2009 di Jawi golf resort, anjuran Jabatan perpaduan (kementerian Perpaduan,kedudayaan,kesenian dan warisan malaysia).
Antara tetamu yang hadir KSU KPKKW, Ketua Pengarah (KP) perpaduan

Tujuan sama bagi meraikan warga - warga emas, dan sumbangan berbentuk bantuan kewangan, dan juga penyampaian anugerah cemerlang bagi Jabatan Perpaduan Negeri P.Pinang.

Friday, January 30, 2009

TERIMA KASIH

Bermula dengan jam,bertukar menjadi minit,minit kepada saat....kita masih lagi berada didunia ini....kita masih lagi menikmati kehidupan yang sementara ini.....

Dalam diam-diam kita menempuhi masa...hari .....minggu...bulan.....tahun yang semakin berlalu...sedar tak sedar "adakah masa merubah kita" atau "kita yang merubah masa".

Pastinya kita mahu yang terbaik dalam hidup kita....kalau di tanya siapa yang mahu kesusahan...semestinya jawapan TIDAK....hanya kesenangan yang dipinta....

Walau siapa pun kita...fakir miskin..golongan pertengahan....orang kaya...orang melayu....orang kafir.....orang beragama islam....atau agama lain..pastinya sentiasa memohon kepada Tuhan (ALLAH S.W.T) untuk mendapat apa yang dihajati...dengan bermacam-macam cara..adat...budaya...

Segala permohonan diterima....diteliti....ditapis....sebelum di makbulkan.....setelah segala rahmat diberikan pernahkah kita terfikir untuk mengucapkan terima kasih..sekurang-kurangnya....."ALHAMDULLILLAH...SYUKUR"