Monday, August 24, 2009

Apa Nak Jadi...Apa Dah Jadi...

APA NAK JADI..?
-Kejutan besar berlaku dalam politik tanah air pada 8 mac lalu..pembakang menguasai beberapa buah negeri seperti kelantan,perak, kedah,selangor dan negeri tempat aku mencari rezeki pulau pinang.
- Lompat parti dan penubuhan 'kerajaan baru' di laungkan.
-Pucuk kepimpinan tertinggi mula di ragui dan di'rasa' semakin goyah untuk mentadbir.
-Berlaku perubahan kepimpinan dalam kerajaan,agar dapat memberi nafas yang baru.

APA DAH JADI...?
- Kerajaan negeri perak bertukar tangan dari pembakang ke BN...
- Exco bermasalah, isu gambar separuh bogel, isu penjualan arak, pembinaan kuil semua berlaku di Selangor.
-Isu penyelewengan bekas TKM1, isu rumah KM, Tersisihnya segelintir kaum india di kampung buah pala semua berlaku di Pulau Pinang.
-Robohnya kandang babi, Umum keluar pakatan, Umum keluar parti semuanya berlaku di Kedah.
-Mempertahankan kenyataan ahli pakatan, membuat 'Fatwa' sendiri, memusing-musingkan kenyataan semua berlaku di kelantan.

Apakah Kesimpulan Yang boleh Dibuat Berdasarkan Isu-Isu Dan Perkara-Perkara Yang Semakin Menjadi-Jadi Seperti 'Cendawan Tumbuh Selepas Hujan'?

Thursday, August 13, 2009

ANTARA Permatang Pasir DAN H1N1

Salam Satu Malaysia
Rakyat di dahulukan
Pencapaian Diutamakan

Melihat pada perkembangan pada masa kini....apa yang di dahulukan sama ada rakyat di Permatang Pasir atau Rakyat satu malaysia yang resah dilanda 'tsunami' H1N1.
Pencapaian apa yang dimahukan? apakah kita mahu pencapaian peningkatan jangkitan dan kematian yang semakin tinggi, atau pencapaian mengurangkan majoriti atau kemenangan.

Wednesday, August 5, 2009

KE-MERDEKA-52

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


MERDEKA KAH KITA?
ERTI YANG SEBENAR?
RAMAIKAH YANG MEMAHAMI?
DIMANA KITA SEKARANG?
EGOKAH DENGAN APA YANG ADA?
KEDUDUKAN SUDAH SELAMAT?
ARUS PERUBAHAN SELEPAS INI?