Perhatikan gambar ini, hanya sebahagian proses pembelajaran
Hidup sebagai nelayan atau sebagai anak nelayan tak semuanya susah, bukan semuanya 'kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang'. Ada yang sudah mempunyai motosikal, kereta dan rumah yang tak perlu disewa.
Apa yang diperlukan cuma tulang empat kerat untuk terus berkerja,berusaha. Ketabahan melakukan kerja dalam apa jua keadaan dan suasana seperti hujan, panas, kering, lembap, berselut, lumpur semuanya di harungi.
Hasilnya memang berbaloi dengan kerja begitu....bayangkan nelayan yang menangkap atau mencari 'udang lipan' yang dikatakan memang sedap dimakan (aku tak makan udang susah nak cakap la..) seekor di jual dengan harga RM 2 betapa bernilainya seekor udang lipan. Kalau satu hari dapat 50 ekor dah RM 100, kalau sebulan dah RM 3000, ingat hanya untuk pendapatan mencari udang lipan sahaja..belum lagi pendapatan mencari 'siput lala' yang dikatakan boleh mencecah RM 2000 hingga 5000 seminggu jikalau betul- betul 'dikerjakan la'
2 comments:
afsal plak bulan puasa takde keje?
jemput singgah ke blog ku
Post a Comment